Teratak Fasha Aisya

Welcome to my blog....Enjoy it!

Saturday, September 06, 2008

Resepi Masakan Berasaskan Daging Lembu

Daging Hitam Manis
Bahan-bahan:
Daging 1 inci halia}dikisar
3 ulas bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar}dimayam
1 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Sedikit air
Minyak Garam secukup rasa.
Cara penyediaan: Goreng daging sehingga masak. tumiskan bahan kisar hingga wangi. kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing. masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air. akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar. kacau seketika dan sedia untuk dihidang.

US Sirloin steak
Bahan-bahan:
400g stik US sirloin
1 biji kentang - dibakar
1 biji jagung
1 biji tomato
Sedikit lobak merah, bunge kobis & brokoli Seasoning steak - kat tesco ade
**** BAHAN SOS ***
1 ulas b.putih- cincang
2 biji b.besar - cincang
2 sudu besar sos worchestershire - carik kat rak lea & perrins
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
2 biji tomato - buang biji + cincang
1 sudu kecil lada hitam
Cara-cara:
Bersihkan daging. Perap daging dengan seasoning steak selama 1 jam Panggang daging hingga masak. Atau masuk oven je. Sementara tunggu tu, rebus carrot, bunge kubis ngan jagung dgn secubit garam hingga lembut. Toskan Panaskan mentega dlm periuk. Tumis bawang yg dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat. Bubuh daging dan sayuran dlm pinggan. Hidangkan dgn sos kite tadi.
Daging Bumbu Bali
Bahan-bahan ( 3 orang )
500g daging (potong nipis, cuci bersih)
250ml santan tin
3 helai daun limau purut
2 sdb kicap pekat
*5 biji buah keras
*8 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sdt kunyit serbuk
Garam dan kicap manis rasa
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.
Cara-cara:
Kisar bahan yang bertanda *, panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit. Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati. Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. kacau lagi dan angkat.

Masak Lemak Cili Api Daging Salai dgn Mangga Muda

Bahan-bahan ( sekeluarga )
500gm Daging Salai
1 biji Mangga Muda
1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
1 inci kunyit Garam secukup rasa

Cara-cara
Daging salai dihiris nipis. Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat. Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna. Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam. Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab. Tutup api.


Sup Tulang
Bahan-bahan ( 4 orang )
500g tulang lembu
1 sup bunjut adabi
2 kiub ayam 2 1/2 liter air.
3-4 ulas bawang putih
1 cm halia
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang bawang goreng
cili padi -kalo nak pedas :)
limau nipis- kalo suka masam2
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah

Cara-cara
Mula-mula cucilah tulang temulang. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe.. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe.. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.
murtabak segera
Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur

Cara-cara
mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
DAGING REBUS BUTTER & KICAP CIKDAK
Bahan-bahannya
1 kg daging fillet
1/4 cawan kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang putih
1/3 ketul butter
6 cawan air
Cara-caranya
Daging dipotong kepada 2 atau 3 sahaja dan dibersihkan. Tumbuk lada hitam dan bawang putih. Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok. Gaul daging dengan bahan-bahan tadi dan biarkan dalam ½ jam untuk diperap Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk. Jangan lupa balik-balikkan daging supaya mesra semua bahagian. Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan. Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung. Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi.

BAMIA DAGING
Bahan-bahannya
3 kilo daging kambing/ lembu,
potong ikut citarasa
1 liter air
1 paket rempah kari daging babas
7 biji bawang besar, dihiris
1 paket bawang goreng (yang dah siap punya)
1 tin sedang tomato puree
7 biji tomato,
potong 6 10 biji lada hijau
1 paket tairu/
1 container kecil plain yoghurt (gunakan salah satu)
1 tin susu cair
sedikit bunga pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis
4 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak sayuran
50 sen daun ketumbar
50 sen daun pudina
garam secukup rasa ajinamoto (jika suka)
Bahan untuk Dikisar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
5 biji bawang besar
Bahan Hiasan
30 batang sedang sayur bendi (lady fingers), direbus
Cara-caranya
Semua dimasukkan kedalam kuali/ periuk kecuali bawang goreng dan lady fingers yang telah direbus tadi. Masak dengan api sederhana selama 2 jam perlu dikacau selalu agar dasar periuk tidak berkerak, sehingga dagingnya empuk. Kalau belum empuk boleh tambah sedikit air. Bila daging telah empuk boleh dimasukkan bawang goreng, kacau rata dan siap untuk dihidangkan.
Cara untuk menghidang Sendukkan bamia kedalam pinggan, letakkan 2 batang ladyfingers yang telah direbus dan hidangkan bersama roti gardenia/ roti perancis/ roti jala/ roti naan. Cepati pun sodap. Tapi Bamia daging ini harus ada lauk sampingannya iaitu Rojak Salad, seperti lettuce, hirisan bawang besar, tomato yang dipotong bulat, telur rebus yang dipotong bulat dan dituang sos kacang atau sos tomato diatasnya, baru ia sempurna.


DAGING MASAK KETUMBAR JINTAN
Bahan-bahannya:
1 kg daging, dipotong nipis
1/2 cawan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 cawan gula hitam
1/2 cawan gula pasir
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
1/2 cawan minyak

Bahan untuk dikisar:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
1 inci lengkuas
Cara membuat:
Masukkan daging dalam periuk/ kuali.
Masukkan bahan yang telah dikisar, minyak, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, air asam, air, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
Gaul rata dan masak daging dengan api sederhana sehingga kering.
DAGING MASAK MERAHSumber: MDBahan-bahannya:
1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili capsicum hijau (optional)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 batang serai dititik
garam secukup rasa
* sos cili, sos tomato dan sos tiram kalau nak lebihkan pun boleh ikut citarasa anda.
Cara membuat:
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan sos cili, sos tomato, serai dan sos tiram. Kalau kering letak air sikit. Kalau suka berkuah boleh lebihkan airnya. Tapi jangan terlalu banyak.
Masukkan garam, serbuk perasa kalau suka dan akhir sekali masukkan daging yang telah direbus tadi.
Setelah sebati masukkan pula bawang besar yang telah dihiris, sesuaikan rasanya, angkat dan hidangkan.
DAGING MASAK SAMBAL BALI
Bahan-bahannya:
½ kg daging, dipotong tipis
½ cawan bawang goreng
¼ cawan kicap
½ cawan air
3 sudu makan cuka
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar:
20 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dalam air panas
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara membuat:
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Bila rempah telah masak dan garing, masukkan air, kicap, cuka, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan daging dan reneh sehingga dagingnya masak.
Rasakan rempahnya, mesti ada rasa pedas, masam dan manis. Masukkan pula bawang goreng dan gaul rata. Siap untuk dihidang.
DALCA TULANG RUSUKBahan-bahannya:
300 gm daging rusuk
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang
3 biji ubi kentang
2 biji tomato
100 gm kacang buncis
2 cawan kacang dal
8 sudu besar bumbung rempah kari daging
1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih



3 biji buah pelaga
air asam secukupnya
garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara membuat:
Bersihkan daging rusuk dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.
Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.
Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.
Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging.
Cara membuat:
Bahan yang telah dikisar dimasukkan dalam kuali bersama daging.
Masak sebentar sehingga kering airnya sedikit, kemudian masukkan santan, gula melaka, kerisik, daun limau purut, asam keping, garam dan serbuk perasa.
Masak lagi sehingga ia kering. Angkat dan hidangkan.
RENDANG DAGING KELUARGA DIANABahan-bahannya:
1 kilo daging, dipotong ikut suka
1 liter santan
½ cawan kerisik
2 keping asam keping, direndam, cuci bersih dan dihiris halus
2 helai daun limau purut
1 ketul gula melaka (sederhana besar)
4 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Bahan untuk dikisar:
20 batang lada merah
20 batang cili padi thailand
500 gram bawang kecil
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
4 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 helai daun kunyit (batangnya dibuang)


1 biji kelapa dijadikan -1 mangkuk santan pekat dan 2 mangkuk santan cair
½ cawan asam jawa
2 inci belacan
2 cawan bawang goreng
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika mahu
minyak untuk menumis
SAMBAL GORENG PENGANTIN HAJAH HALIMAHBahan-bahannya:
½ kg daging/ tetel, direbus, dipotong dadu dan digoreng
½ kg paru, direbus, dipotong dadu dan digoreng
10 batang lada merah, dihiris dan digoreng
10 batang lada hijau, dihiris dan digoreng
10 ulas bawang putih, dihiris dan digoreng
5 tangkai lada kering, digunting serong tipis dan digoreng sekejap
2 batang serai, dititik
2 inci lengkuas, dititik
½ cawan lada kering yang telah dikisar
Cara membuat:
Santan cair diramas dengan asam jawa dan belacan, diperah dan tapis - diketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis lada kisar dan masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik dan tumis sehingga naik bau dan garing.
Masukkan santan cair yang telah ditapis dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Masukkan daging dan paru yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng dan akhir sekali bawang goreng.
Masak sehingga kuahnya mendidih dan memekat sedikit menyerap kedalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata.
Padamkan api dan lauk sedia untuk dihidang.


SERUNDING DAGING KELUARGA DIANACara membuat:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan daun limau purut, daun salam, daun kunyit, air asam jawa dan ¼ cawan air. Gaul rata.
Kemudian masukkan garam, serbuk perasa, gula timbang/ gula Melaka bersama gula pasir dan juga daging. Masak sehingga rempah keluar minyak. Rasa rempahnya supaya ada rasa pedas, masam dan manis.
Akhirnya masukkan kelapa parut putih yang telah disanggar dan gaul sehingga rata. Kemudian boleh dihidangkan.
Bahan-bahannya:
2 biji kelapa parut putih, disanggar sehingga kering dan kuning sedikit
250 gram daging, dipotong nipis
3/4 cawan air asam jawa yang pekat
4 helai daun limau purut
4 helai daun salam
1 helai daun kunyit (setengah dikisar dan setengah disiat)
¾ cawan gula timbang + ¾ cawan gula pasir / 1 ketul gula Melaka (yang besar) + ¾ cawan gula pasir¼ cawan air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan untuk dikisar:
20 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dengan air panas
10 batang cili padi
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ kunyit hidup
1 inci halia
6 batang serai
2 inci lengkuas
½ cawan serbuk ketumbar, disanggar
2 sudu teh serbuk jintan halus, disanggar
½ cawan udang kering
Setengah daun kunyit yang telah diketepikan untuk dikisar
PIZZA KENTANG/ KAMPUNGSumber: Kak BrowneyesBahan-bahannya:
600 gram kentang, dibuang kulit dan dipotong dadu. Kentang direbus dengan sedikit garam. Jangan rebus terlalu empuk, angkat dan kemudian toskan.
500 gram daging cincang, disangar
2 sudu makan rempah kari daging
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit halia
Cara membuat :
Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.
Campurkan rempah kari daging dan tumis sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan daging, garam dan serbuk perasa dan masak sehingga ia kering.

Bahan-bahannya:
1 tin kacang peas
2 biji bawang besar kuning (bawang jepun), dipotong bulat
daun sop dan daun bawang dihiris
2-3 biji tomato, dipotong bulat
1 tin cendawan butang, dihiris (optional)
1 botol (340 gram) sos cili
15 biji telur, dipukul
Cara membuat:
Gunakan loyang 10 x 10 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas kertas timah (aluminium foil) dan disapu mentega lagi diatas kertas timah.
Kentang yang telah direbus ditabur rata didalam loyang dan biarkan tabur serapat mungkin.
Kemudian tabur daging yang telah disediakan dan ratakan dan tekan sedikit.
Lapiskan pula dengan dengan kacang peas, daun sup/ daun bawang dan tekan sedikit biarkan ia mampat.
Taburkan cendawan butang dan tekan lagi agar ianya kemas.
Kemudian aturkan bawang berselang seli dengan tomato.
Tuang sos cili tadi diatas sehingga habis. Kemudian curahkan telur yang telah dipukul diatasnya dan biarkan selama 10 – 20 minit agar telur tadi meresap betul.
Kemudian barulah dibakar pada suhu 180’C selama 1 jam. Biarkan pizza betul-betul sejuk baru dikeluarkan dari loyang. Kalau nak cepat sejuk, letakkan ia dalam dulang yang diisi degnan air dan air batu.
Cara membuat inti:
Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut. Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing. Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak. Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering. Angkat dan sejukkan.
MURTABAK PERANTAUSumber: Kak NoorMasriBahan-bahannya:
12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam } dicincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
minyak untuk memasak
Cara membuat murtabak:
Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati. Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi. Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang. Ulang proses diatas sehingga habis.
Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak. Kalau tak mau guna kentang pun boleh jugak..hanya gantikan kentang kpd daging/ayam..
ROTI LAPIS DAGINGSumber: Hajah rohanna
Bahan-bahannya:
2 batang roti perancis yang besar
1/2 kg daging cincang
2 sudu teh lada putih
sedikit daun sop/bawang dihiris halus
50g mentega
3 tangkai lada hijau dihiris halus
3 tangkai lada merah dihiris halus
100g bawang goreng
1 biji kelapa (ambil 700ml santan)
2 sudu teh warna kuning
7 biji telur
2 sudu teh garam
3 biji bawang besar- potong dadu
Cara membuat:
Daging cincang digoreng dan ditoskan.
Perapkan roti bersama santan, kemudian diramas ramas sampai halus, masuk kan garam dan 3 dari 7 biji telur. Masukkan minyak bekas goreng daging tadi bersama mentega., dikacau lagi hingga rata dan bahagikan adunan roti kepada 3 bahagian.
Apabila sudah sejuk, masukkan bawang goreng,lada putih,daun sop & bawang, lada merah & hijau, dan bawang besar yg dah dipotong dadu, dan telur, digaul hingga rata.
Sediakan loyang. Masukkan roti dahulu untuk lapisan bawah dan kemudian lapiskan dengan daging, buat seterusnya hingga habis.
Bakar dengan menggunakan suhu 180’C selama 45 minit.
Cara membuat:
Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau menggunakan api yang sederhana. Sentiasa dikacau untuk elakkan rempah dari hangus.
Kemudian masukkan ½ liter air bersama kentang dan lobak yang telah dipotong dadu. Kacau rata dan reneh dalam 5 minit. Kemudian masukkan lagi lebihan ½ liter air, masukkan garam, serbuk perasa dan kacau sebati.
Kemudian masukkan daging yang telah dikepal bulat dan biarkan sebentar tanpa dikacau -untuk elakkan daging tersebut hancur. Gunakan api yang sederhana besar. Selepas 5 – 10 minit kacau dengan perlahan dan masak sehingga dagingnya masak dan kentang dan lobak empuk.
Akhir sekali masukkan tomato, lada hijau dan daun ketumbar. Digaul rata dan padam apinya.
Nota: Daging cincang yang telah dikepal bulat boleh anda celupkan kedalam putih telur dan goreng sedikit. Angkat dan toskan. Jika tak mahu goreng pun boleh . Jika mahu letak kacang peas atau kacang kuda pun boleh lagi sedap. Jika kuahnya pekat sangat, boleh anda tambahkan air.
KARI KOFTA
Bahan-bahannya:
500 gram daging cincang, dikepal bulat
2 biji kentang, dipotong dadu
2 batang lobak merah, dipotong dadu
2 biji tomato, dibelah empat (jika suka)
4 batang lada hijau, dibelah dua (jika suka)
1 liter air
2 inci kayu manis
3 batang bunga cengkih
4 kelopak bunga lawang
3 biji buah pelaga, ditumbuk pecahkan
Daun ketumbar secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
½ - ¾ cawan gajus
2 sudu makan cili kisar/ 12 tangkai lada kering
2 sudu makan serbuk ketumbar (yang telah disanggar)
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh (bumbung) serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu makan rempah kari daging

RENDANG TOK Sumber : kakliza
Bahan:
1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis]
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam
Bahan mesin:
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas
Cara membuat:
Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
Hidangkan
GULAI DAGING
Bahan:
500g daging dipotong ketul-ketul (kambing atau lembu)
400g kentang -dikupas dan dipotong 4-6
1 biji bawang besar di hiris halus
5 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelaga
3cm kayu manis
3 cawan air
minyak untuk menumis
garam secukupnya
1 sudu besar kelapa parut di sangar hingga garing dan dikisar halus
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh rata serbuk jintan putih
1 sudu teh penuh serbuk kunyit
Bahan-bahan dikisar:
12-14 tangkai lada kering di rendam sehingga lembut
1.5sm halia
1 batang serai
1 sm lengkuas
Cara membuat:
Campurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah mangkuk :~ daging, bahan-bahan yang dikisar, serbuk rempah dan kelapa parut yang disangar.
Panaskan minyak. Masukkan bawang yang dihiris, cengkeh, pelaga dan kayu manis. Tumis hingga bangkit baunya.
Kemudian, masukkan daging yang sudah bercampur bahan kisar, ditumis selama beberapa minit lagi hingga wangi.
Tuangkan air and renih dengan api kecil hingga daging empuk. Tuangkan santan pekat dan kacau, masak anggaran 2-3 minit sebelum memasukkan kentangnya. Masak sehingga kentang empuk.
KUIH TALAM BERLAUK
Bahan:
200 g keladi yg telah diparut
180 g tepung beras
50 g tepung jagung
1000 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu kecil garam
Bahan lauk:
250 g daging kisar
50 g udang kering }dibasuh, kemudian ditumbuk
80 g bawang merah } dijadikan bawang goreng

1 tangkai daun sup } dihiris
1 tangkai daun bawang }dihiris
1-2 tangkai cili merah }dihiris
garam secukup rasa
1-2 sudu besar minyak masak
Bahan sos:
3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
3 sudu besar air masak
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa
Cara membuat:
Panaskan minyak kedlm kuali, masukkan udang kering goreng sehingga naik bau kemudian masukkan daging
Goreng lagi sehingga air daging kering. Masukkan garam secukup rasa tutup api
Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili merah,kacau sekata.Ketepikan.
Di dalam periuk lain campurkan tepung beras, tepung jagung, santan, dan garam.
Masak di atas api perlahan sambil dikacau dgn pemukul telur sehingga naik wap.
Tutup api, masukkan keladi kacau sebati masukkan kedlm loyang kemudian kukus sehingga masak.
Kemudian angkat loyang dan taburkan bahan lauk di atasnya.
Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan
Hidangkan bersama sos cili
MEE HOON SUP BEBOLA DAGING
Bahan untuk bebola daging:
600g daging cincang
70 g tepung kanji/sagu (tapioca flour)
50 g tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar serbuk lada sulah
¾ sudu kecil garam
Cara membuat:
Campurkan semua bahan-bahan kacau hingga sebati..
Bulat-bulatkan mengikut size yg sesuai. Ketepikan
Bahan untuk kuah;
2½ liter air
1 ketul kiub pati daging
2 sudu kecil kicap cair
4 ulas bawang putih }dicincang halus
½ sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
2 batang celery } dihiris nipis
2 tangkai daun bawang }dihiris
3 tangkai cili merah/hijau } dihiris nipis
sedikit bawang goreng
1 bungkus mee hoon } dicelur selama 1 minit dlm air mendidih,disejat kemudian dibilas dgn air sejuk supaya mee tak melekat
Cara membuat:
Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan air, kuib pati daging, kicap cair, serbuk lada sulah, dan garam.
Setelah mendidih, masukkan bebola daging tadi hingga terapung.
Setelah daging terapung masukkan celery.
Untuk menghidangkan, masukkan mee hoon , daun bawang, hirisan cili, bawang goreng dan sambal kicap.
Tuangkan sup dan bebola daging atasnya.
Hidangkan panas-panas.
Tumis Buncis Daging Cincang
Bahan:
250 gr daging cincang
20 buncis potong dua
1/2 lada besar merah, potong panjang
3 bh bawang putih, cincang halus
5 bh bawang merah, cincang halus
1 sdm cabai merah yang sudah dihaluskan
1/2 sdt belacan
1 sdm kicap asin
garam dan gula pasir secukupnya
Cara membuat:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
Kemudian masukkan cabai merah dan belacan
Gaulkan sampai rata, kemudian masukkan daging giling.
Masukkan soya sauce dan garam secukupnya
Kemudian masukkan buncis dan paprika, gaulkan sebentar, jangan sampai layu
Angkat dan hidangkan.
RENDANG DAGING Bahan:
1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam
Bahan dimesinkan:
5 tangkai cili kering + ciliapi 1 mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai
Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
Biarkan sehingga naik minyak.
Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

OPOR DAGING Bahan:
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan putih ]
3 keping asam keping
minyak
garam
Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Bahan mesin:
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yg kecil sehingga mendidih dan daging lembut.
Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning
DAGING GORENG MASAM MANIS
Bahan:
1 kilo daging lembu (dipotong nipis)
10 ulas bawang merah (dimayang nipis)
kicap pekat
minyak masak
1 biji limau nipis
gula
garam
kunyit


Cara membuat:
Daging tersebut dicampur bersama garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat daging tersebut.
Gorengkan bawang merah yang dimayang sampai kekuningan.
Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
Masukkan kicap pekat, gula, garam dan satu biji limau nipis secukup rasa
Kacau sehingga sebati
Setelah itu bolehlah dihidangkan

DAGING CILI API BERKICAP
Bahan:
Daging - 1/2kg
Cili padi - 15 ulas
Bawang besar - 3 biji
Halia - 1/2 inci
Sos Tiram - 2 sudu besar
Kicap - 2 sudu besar
Garam secukup rasa
Gula sedikit(jika suka)
Cili merah potong menyerong
Limau kasturi 2 biji (jusnya)
Cara membuat:
Daging di potong nipis, gaulkan dengan kicap . Rebus bersama hirisan bawang besar hingga daging empuk.Biarkan kering dan pada peringkat ini daging jadi kehitaman.Ketepikan.
Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar.
Tumis bahan (2) di atas hingga garing
Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah.
Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi
Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan bolehlah dihidangkan.

GULAI PERUT DAN REBUNG
Bahan:
1/2 kg perut lembu
1 biji kelapa -asingkan pati
1 mangkuk rebung
garam secukup rasa
15 - 20 biji cili padi* - tambah jika ingin pedas
6 ulas bawang merah*
1inchi kunyit hidup* - ditumbuk lumat/kisar
Cara membuat:
Rebus perut sehingga empuk dan hiris memanjang.
Masukkan perut , bahan kisar,rebung dan santan cair ke dalam periuk lalu didihkan perlahan - lahan .
Kemudian masukkan santan pekat dan juga garam secukup rasa.
Masak atas api perlahan sehingga mendidih . Kacau selalu agar tidak pecah minyak .* Boleh juga masukkan daun kunyit dan serai jika suka
Rendang Daging
Bahan:
1kg. daging, dipotong mengikut citarasa
2 helai daun kunyit disiat-siat
4 batang serai, dihiris nipis
2 helai daun limau purut - jika suka
minyak untuk menumis
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan ketumbar ] disangai hingga
½ sudu makan jintan manis ] wangi, barulah
½ sudu makan jintan putih ] ditumbuk lumat
½ biji kelapa, jadikan kerisik
1 ½ biji kelaPA
sedikit air asam jawa, garam dan serbuk perasa - jika suka

Bahan yang perlu dikisar :
500gm bawang merah
1 labu bawang putih
1 inci kunyit, lengkuas dan halia
2 senduk cili kisar (cili kering + cili padi)


Cara membuat:
Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan garing.
Kemudian baru dimasukkan cili dan terus dikacau hingga garing. Masukkan rempah kari, ketumbar jintan, serai yang dihiris dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan daging. Kacau rata-rata dan tutupkan kuali. Masak sampai kering airnya, sambil itu dikacau sekali sekala supaya tidak hangit.
Kemudian masukkan air asam jawa, santan dan terus dikacau sampai daging empuk. Bila daging sudah empuk, masukkan garam dan serbuk perasa, daun kunyit yang telah disiat-siat, daun limau purut dan kerisik. Teruskan mengacaunya sampai kering dan pecah minyak.
KARI DAGING
Bahan:
1/2 kg daging - dipotong dan dibersihkan
3 packet sebuk kari Baba's - dibancuh dengan sedikit air
sedikit serbuk cili
4 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih }
1 inchi halia } dikisar halus
air asam jawa
5 biji tomato masak - dikisar
4 biji ubi kentang - di potong 4
kulit kayu manis , bunga lawang, bunga cengkih untuk menumis
Cara membuat:
Tumiskan penumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar . Biarkan sehingga kekuningan dan naik baunya .
Masukkan pula serbuk kari dan serbuk cili .. biarkan sehingga pecah minyak
Masukkan perahan air asam jawa ..kemudian masukkan daging dan biarkan sehingga mendidih
Masukkan pula ubi kentang dan juga jus tomato yang diblend tadi .
Biarkan sehingga pekat dan sesuaikan rasanya . Bolehlah dihidangkan
DAGING DENDENG Bahan:
1 kg daging lembu [yg tiada lemak] Bahan mesin (kasar):
15 tangkai cili kering
15 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 s/b gula merah
garam dan kunyit
Cara membuat:
Daging lembu dibersih,kemudian digaulkan sedikit garam & direbus hingga empuk dikeluarkan& dihiris nipis-nipis serta lebar.
Kemudian digoreng hingga garing dan angkat.
Tumbukkan daging dalam lesung supaya lembut sikit lagi.
Panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumiskan bahan yg dimesin kasar tadi sehingga naik baunya.
Masukkan daging tadi dan digaulkan hingga rata sesuaikan rasanya.Bila telah garing bolehlah diangkat dan hidangkan.
ROTI JOHN

Cara membuat:
Daging cincang disangai dengan sedikit rempah sop.
Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan daging, bawang besar dan hirisan cili merah.
Roti dibelah dua dan letakkan adunan telur diatas roti dan masak di kuali yang telah dilengseri dengan sedikit minyak masak.
Balik-balik kan. Setelah masak, hidangkan bersama hirisan timun,tomato dan daun salad

Bahan:
200gm daging cincang
3 biji roti perancis yang kecil
6 biji telur
2 biji bawang besar
1 batang cili merah dihiris
sedikit serbuk lada hitam dan garam
Sosnya:
15 tangkai lada kering kisar
5 sudu makan tomato sos
sedikit cuka, air dan sedikit gula dan garam
Campurkan semua bahan-bahan diatas dan masak hingga mendidih
SATAY DAGING
Bahan yang perlu dikisar :
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai
1 sudu kecil jintan putih } disangai
Cara membuat:
Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.
Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar
Bahan satay :
1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

BEEFSTEAK LIZA

Bahan:
500 gm daging steak/tenderloin[bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum
Bahan yang perlu dikisar :
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia
SOS LADA HITAMBahan:
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat
Cara membuat:
Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan. Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.
Cara membuat:
Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
Angkat daging dan sediakan sos
SAYURAN
Salad
tomato
kentang goreng
baked beans
ASAM PEDAS TETEL [DAGING CINCANG]
Bahan:
1/2 kilo daging tetel [potong kecil]
7 batang daun kesum
2 biji tomato [belah 4]
3 mangkuk air
1 cawan air asam jawa
3 sudu besar minyak masak
garam
Bahan yang perlu dikisar :
10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 biji buah keras
2 cm belacan [jika suka]
Cara membuat:
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan daging dan biarkan sehingga naik minyak semula.
Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.
Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk.
Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh segingga pekat dan naik minyak.
Angkat dan hidangkan
SINGGANG DAGING NENEK KAK NOOR
Bahan:
600 g daging lembu
2 keping asam keping
2 ulas bawang putih } dihiris
1 sudu kecil ketumbar } ditumbuk kasar
1 sudu kecil jintan manis } ditumbuk kasar
2 cm lengkuas } dihiris atau diketuk
garam secukup rasa
cili api } dibelah 2 - jika suka
air secukupnya
Cara membuat:
Masukkan semua bahan diatas serta air secukupnya
Apabila mendidih masukkan daging reneh sehingga empuk.
Rasakan garam secukupnya
Sebelum diangkat masukkan cili api
Sedia utk dihidangkan

RENDANG DAGING DENDANG PERANTAU

Bahan (UNTUK 4-5 ORG):
700 g daging lembu (batang pinang) } dihiris
4 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit } dihiris halus
4 helai daun limau purut }hiris halus
3 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa
sikit gula merah jika suka
minyak utk menumis
Bahan yang perlu dikisar :
15 tangkai cili kering
15-20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 batang serai
2 biji buah keras
Cara membuat:
Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air)
Panaskan minyak tumiskan bahan kisar.
Kacau hingga wangi dan naik minyak.
Masukkan daging, santan, kerisik dan asam keping.
Renehkan sambil sesekali kacau
Apabila hampir kering masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula
Bolehlah diangkat
OPOR DAGING MAK LANG
Bahan:
1 1/2 kg daging batang pinang
5 sb cili kisar
3sb kari daging
3sb minyak sapi
1 cwn minyak masak
garam
Bahan yang perlu dikisar :
3 biji bawang besar
6 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Halia
Lengkuas
3 batang serai
5sb kerisek
5 biji buah keras-tumbuk
2 cwn santan pekat
1 keping gula kabung
kulit kayu manis/buah pelaga/bungalawang/cengkih (rempah ratus)
asam keping
Cara membuat:
Tumiskan bhn kisar bersama rempah ratus tadi sampai wangi
Masukkan cili kisar dan kari, kacau
Masukkan daging dan santan, kacau dan tunggu sampai pecah minyak
Masukkan kerisek,gula kabung dan garam, kecilkan api
Renih sampai daging empuk
*Boleh dimakan bersama apa saja nasi,ketupat dan sebagainya.
Kulit murtabak:
1 kg tepung gandum
80 gm minyak sapi
½ tin full cream evaporated milk
air secukupnya
sedikit garam & gula
Buat seperti mengadun roti canai dan biarkan dulu selama 1 jam sebelum mencanai
MURTABAK - STYLE SINGAPORE
Inti murtabak:
600 gm daging kisar – bersihkan dan tos airnya
4 biji bawang besar – di dadu halus
6 ulas bawang putih – di tumbuk
sedikit halia
garam
sedikit minyak atau minyak sapi - utk menumis Campurkan bahan-bahan ini:
2 sdm serbuk kari daging
1 sdm garam masalah
1 sdt serbuk cili
1 sdt serbuk kunyi
1 sdt lada itam – di tumbuk halus
sedikit air
Cara memasak inti murtabak
Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan halia, bawang besar dan bawang putih.
Masukkan rempah2 yg telah dicampurkan tadi dan masak lagi hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar , garam, sedikit air dan gaul rata. Kacau hingga daging masak dan kering. Biarkan sejuk
Bahan tambahan nak buat murtabakHirisan bawang besar & Telor
Canai murtabak seperti membuat roti canai .
Tabor daging , bawang - pecahkan telor atau pun campurkan semua telor, daging dan bawang dlm satu mangkuk kemudian tuang atas adunan yg di canai tadi tutup kemudian tepek.
Goreng atas kuali dengan minyak yang sedikit
MAKARONI BAKAR
Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega
Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara
Cara I: Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.Tuang sos putih diatasnya, ratakan.Akhir sekali tabur keju parut .
Cara II: Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut, lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parutBakar didlm oven pd suhu 180’C selama 30 min atau sehingga keju keperanganAngkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkanNota: Boleh tambah sayuran spt cendawan, capsicum hijau/merah didlm inti jika sukaBahan sos putih:
30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Cara membuat sos putih:
Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati
Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan
Bahan:
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega
Bahan inti:
500 g daging cincang
30 g mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut
Cara membuat:
Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.

DAGING PANGGANG BAWANG BOMBAY
Bahan:
250 gram daging , dhiris lebar dan tebal 1/2 cm
2 cm halia, diparut
1 sudu teh perahanan lemon
1 biji bawang bombay, dihiris halus
1 batang daun bawang dihiris tipis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak goreng
Cara membuat:
Campurkan semua bahan dan kemudian diperap selama 20 minit.
Letakkan di atas loyang yang telah lapik dengan aluminium foil lalu panggang selama 25 minit.
Angkat dan disajikan semasa masih panas

RENDANG DAGING
Bahan yang perlu dikisar :
12-20 cabai merah, digiling
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
5 cm lengkuas
garam secukupnya
Cara membuat:
Masak santan bersama daun kunyit dan serai. Lalu masukkan bahan yang sudah dikisar dan masak dengan api yang kecil
Lalu masukkan daging yang sudah dipotong-potong dan gaul dengan rata
Masak daging dengan api yang sederhana sehingga santan pekat dan agak kering dan daging menjadi empuk.
Dihidangkan panas atau sejuk mengikut selera masing-masing. Paling enak kalau dihidangan bersama Nasi Putih.
Untuk 6-8 orang.Catatan: Untuk lebih wangi, biasanya bahan yang sudah dikisar ditumis dulu dengan 2 sudu makan minyak sayur lalu masukkan potongan daging. Akhir sekali baru dimasukkan santan.

Bahan:
1 kg daging, dipotong 15 ketul (Lihat gambar)
2 liter santan dari 3 biji kelapa
1 batang serai, dititik
1 lembar daun kunyit

Sambal Daging Cincang
Bahan:
150 g daging lembu cincang
5 sudu minyak sayur
1 helai daun salam
1 biji tomato dicincang
20 mata petai, kupas, dihiris 2
150 ml air
Bahan yang perlu dikisar sehingga halus:
200 g cabai merah, buang bijinya, kukus sampai lembut
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
20 g gula merah
1 sudu teh garam
Cara membuat:
Masak daging cincang sampai air daging kering.
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar dan daun salam sehingga harum dan masak.
Masukkan tomato, daging, petai, dan air.
Masak sampai daging empuk, kuahnya pekat dan berminyak.
DAGING MASAK KICAP
Bahan:
1 kg daging lembu bahagian paha
5 biji telur rebus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Kicap manis
Garam
Perasa
Cara membuat:
Daging dicuci bersih, lalu dipotong-potong dadu kira-kira 2x2 cm.
Bawang merah & bawang putih dihiris halus. Tumis bahan tersebut dengan 3 sudu makan minyak sehingga harum. Tambahkan kicap manis secukupnya (kira-kira 2-3 sudu makan/sampai kelihatan coklat). Masukkan potongan daging, campurkan hingga rata. Tambahkan air secukupnya, sampai daging terendam air
Tutup kuali dan masak dengan api kecil. Sesekali dikacau. Kalau air hampir habis tetapi daging masih belum empuk maka boleh ditambah.
Sebelum daging empuk, tambahkan garam dan perisa mengikut selera. Masak daging sehingga benar-benar empuk.
Kemudian boleh dihidangkan.

Kerutuk daging
Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih
Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
Cara-cara
Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
Panaskan minyak
Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.
Daging Sos Tiram Bercili Besar A.
400 gm. daging filet, dipotong 1 cm tebal
2 camca besar Sos Tiram
2 camca teh gula atau secukup rasa
3 camca teh tepung jagung
¾ camca teh Kicap Pekat
¼ camca teh serbuk lada sulah atau secukup rasa
3 camca besar minyak masak
10 cm. kepingan halia muda, dihiris halus
4 ulas cincangan bawang putih
1 biji kecil lada besar merah, dipotong berbaji
1 biji kecil lada besar hijau, dipotong berbaji
100 ml. air
½-1 Kiub Pati Lembu

Cara-cara:
Masukkan air dan Pati Lembu. Masak hingga mendidih dan lada besar masak. Ketepikan dari api. Hidangkan panas bersama nasi.
Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih hingga kekuningan. Masukkan daging dan goreng di atas api yang besar selama 2 minit; masukkan lada besar dan goreng selama 1 minit.
Dalam mangkuk, campur bahan A dan gaul rata. Perap daging selama 10 minit atau lebih lama lagi.
Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih hingga kekuningan. Masukkan daging dan goreng di atas api yang besar selama 2 minit; masukkan lada besar dan goreng selama 1 minit.
Dalam mangkuk, campur bahan A dan gaul rata. Perap daging selama 10 minit atau lebih lama lagi.
Rendang Padang


500g lembu- daging batang pinang
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 sudu besar gula coklat (brown sugar)
3 cm lengkuas
2 batang serai
garam
600g kelapa diperah
3 cawan air
Bahan yang perlu dikisar sehingga halus:
40 cili padi
4 biji lada besar merah (fresh red chillies)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
Cara-cara
Gaulkan semua bahan-bahan diatas di atas kuali atau periuk memasak, bila menggelegak dan airnya hampir kering sedikit masukkan santan.
Tunggu hingga menggelegak sekali lagi dan perlahankan api.
Masaklah sehingga kuahnya hampir pekat dan akhirnya kering berminyak.
SUP EKOR CARA CHEF WAN
Bahan-bahan:
125 ml @ 1/2 cwn. minyak sayuran
500g ekor lembu, dibersihkan dan dipotong-potong
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih/halus serbuk
1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk
1.5 sudu besar tomato puri
1.5 sudu besar tomato puri
1.5 liter @ 6 cwn. air
1 batang lobak merah, dikupas dan didadu
1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
2 batang saderi, didadugaram
lada hitam yg. baru dikisar
daun ketumbar, dhiris-hiris
bawang goreng
4 bj. buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Dikisar Halus-halus
10 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
1cm halia, dikupas


Rempah Tumis







Cara:
Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan toskan.
Di dalam minyak yg. sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya.
Tambah ketumbar, jintah putih/halus, dan juga jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.
Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
Hias dgn. daun ketumbar dan bwg. goreng sejurus sebelum menghidang.
Nota: Untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit dgn. menggunakan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurang menjadi 1 liter atau 4 cawan sahaja.

Meatball
Guna daging hancur. Sesuai untuk kanak-kanak.
Bahan-bahan ( 4 orang )
1 cawan daging hancur/kisar
1/3 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
Garam secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
12 biji tomato ceri
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara
Gaulkan daging dengan breadcrumbs dan garam. Buatlah bentuk bulat kecil-kecil.
Panaskan minyak. Masukkan daging tadi. Goreng sehingga daging keperangan atau masak.
Kemudian masukkan sos dan buah tomato
Kacau sehingga sos sebati. 2 minit kemudian bolehlah padamkan api.

Daging april asmara
Bahan-bahan
Daging
Kicap tiram, kicap manis, kicap masin
Minyak bijan
Butter, Madu
B.merah, B.putih didadu
Halia dihiris halus
Biskut marie (tp i ganti ngan nestum je)
Capsicum
Cara-cara
Daging diperap dgn kicap tiram, kicap manis dan masin.
Masukkan sekali minyak bijan dengan bawang yg diadem dengan daging yg diperap utk mendapatkan aromanya. Kalau boleh perap selama 1 jam.
Cairkan butter dlm kuali dan tumis bawang putih. Bila dah naik bau masukkan daging yg diperap tadi dgn hirisan halia. Masak dan asingkan.
Utk kuah, masukkan biskut yg dihancurkan dgn air ke dlm bekas daging yg digoreng tadi. Masukkan butter dan kacau. Asingkan.
Selepas itu cairkan butter lagi, masukkan semula daging yg diasingkan tadi, goreng hingga kering dan masukkan capsicum. Kemudian boleh dihidangkan.
Daging Goreng Berlada Hitam
Bahan-bahan ( 2 1/2 Orang )
Daging 500 gram
4 camca besar minyak masak
40 gram perencah maggi
1 labu bawang besar (dihiris)
2 pokok daun bawang yang dihiris sederhana halus
1 cawan air
5 batang kacang panjang dipotong 3 cm
Cara-cara
Daging dihiris nipis-nipis (hirisan filet)
Rebus daging dengan secawan air
Sesudah itu, keluarkan air rebusan dan simpan dulu air tersebut untuk diguna kembali.
Masukkan minyak dan goreng daging tersebut selama 3 minit dengan api besar
Masukkan 40 gram perencah Maggi serta bawang besar yang dicampur dengan air rebusan tadi.
Goreng hingga daging masak. Sesudah itu, masukkan hirisan daun bawang dan kacang panjang.
Goreng selama 1 minit. Itu saja!
Daging goreng nanas
Bahan-bahan ( 4~5 org )
500g daging dihiris
200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
2 sd besar sos tomato
2 sd besar sos tiram
1 sd besar rempah kari daging
1 sd kecil lada hitam (dikisar)
1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih
bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia
minyak masak dan garam
Cara-cara
Panaskan minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
Masukkan sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang
Gyuudon
Bahan-bahan ( 2 orang )
200g daging
2 sudu kecil stock(dashi)
1/2 bawang besar
3 sudu kecil kicap jepun (shouyu)
1 cawan air
Halia jeruk
1 1/2 sedu kecil gula
2 mangkuk nasi jepun
Shichimi seven-spice chili mix
4-5 stalks trefoil

Cara-cara
Hiris daging nipis-nipis. Bawang potong 6 bahagian
Masukkan daging, dashi dan air ke dalam periuk. Masak daging sehingga empuk
Kemudian masukkan kicap, bawang besar dan juga bawang. Biarkan air tinggal sedikit
Bila daging dah siap. Letakkan daging di atas nasi dalam mangkuk. Kemudian letaklah halia jeruk, shichimi seven-spice chili mix dan juga stalks trefoil
Burger dengan keledek chips
Sos
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam( boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)
Keledek chips
1 biji ubi keledek
sedikit garam
grated parmesan cheese secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan hiasan lain
tomato cherry
broccoli yg direbus

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan untuk burger ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. Bahagikan ke pada 5 bahagian. Buatlah bentuk burger.
Letakkan sedikit minyak di atas kuali. Goreng burger sehingga masak. Seelok-eloknya gunalah kuali yang tak melekat.
Campurkan semua bahan-bahan untuk sos. Kemudian masukkan ke dalam kuali yg diguna untuk goreng burger tadi. Masak sehingga pekat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas burger tadi.
Untuk keledek chips pula. Bersih dan hiris keledek nipis-nipis. Goreng dalam minyak penuh sehingga ranggup. Sejatkan minyak. Kemudian taburkan garam dan parmesan cheese yang diparut.
Akhir sekali letaklah burger dan sosnya di dalam pinggan. Hiaslah dengan keledek chips, tomato dan broccoli.

Bahan-bahan ( 4~5 orang )
Burger
250g daging hancur/cincang
150g taufu
1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar-cincang
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak
Meat roll
Bahan-bahan ( 4 orang )
300g daging cincang
1/2 cawan sayur campur
50g cheese
1/2 biji telur
4 sudu besar breadcrum
sedikit garam, sedikit serbuk lada putih
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
Cara-cara
Masukkan daging, garam, serbuk lada putih, breadcrum dan telur ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
Ambik sekeping aluminum foil. Ratakan daging tadi ke atas aluminum foil tersebut.
Letakkan sayur campur dan cheese ke atas daging tadi.
Kemudian gulung daging tadi bersama dengan aluminum foil.
Bakar dalam oven pada suhu 200 degree selama 25-30 minit.
Campurkan sos tomato dan kicap pekat. Kemudian sapukan pada permukaan daging tadi.
Bakar lagi selama 5 minit
Setelah masak, potonglah kepada beberapa bahagian. Siap untuk dihidang.
Nasi kari berdaging
Bahan-bahan ( 4~5 org )
1 kg beras dan air ikut sukatan beras
200g daging (dihiris nipis)
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu makan serbuk rempah kurma
air dan garam
bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar
Cara-cara
Tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah(kedua2 jenis) yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau.
Masukkan daging dan masak sampai empuk.
Masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
tips: sedap juga kalau dimakan dgn telur rebus yg digoreng. Nak sedap lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bahan hiris sebelum digoreng
Potato Croquette
Bahan-bahan ( 8 ketul )
4-5 biji ubi kentang
1 sudu mentega
1/2 biji bawang besar
150g daging cincang
sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul
bread crumbs secukupnya
sedikit tepung
minyak untuk mengoreng
Cara-cara
Rebus ubi kentang sehingga masak
Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
Potong dadu bawang besar.

Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
Goreng dalam minyak penuh

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home